Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 6 September 2012

brosur


Nilai- nilai murni sekolah rendah


Nilai-nilai murni
1.      Berdisiplin
a)    bangun pada pukul 6 pagi
l  Kita hendaklah berdisiplin dengan bangun awal pagi.
b)    membuat jadual waktu belajar
l  Kita hendaklah berdisiplin dengan membuat jadual waktu belajar sendiri di rumah.
C)    beratur/berbaris ke tapak perhimpunan
l  Kita hendaklah berdisiplin dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

2.     Berdikari
a)        Mengemas bilik tidur sendiri
b)        mencuci kasut sekolah sehingga bersih
·        Kita perlulah berdikari ketika melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.

3.     Bekerjasama
a)    bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah
·        Kita haruslah bekerjasama membersihkan kawasan sekolah supaya kerja yang berat menjadi ringan.
b)    ada yang mendirikan khemah, mencari kayu api, mengambil air dan memasak (membuat kerja secara berkumpulan)
·     Kita haruslah bekerjasama apabila melakukan sesuatu tugas bagai aur dengan tebing.

4.     Menghargai masa
a)    membaca buku sekiranya sampai awal di sekolah, membaca buku pada masa lapang, menonton televisyen untuk mengetahui berita terkini, mengikuti kelas lukisan
·        Kita perlulah menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

5.     Menepati masa
a)        sampai/tiba/datang awal ke sekolah
·     Kita mestilah menepati masa untuk mengelakkan kelewatan.
b)    seperti yang dijadualkan, kami sampai di tapak perkhemahan pada pukul 9 pagi
·     Kita mestilah menepati masa dengan sampai di sesuatu tempat pada masa yang ditetapkan.

6.     Rajin
a)    belajar, mengulang kaji pelajaran, membaca buku
·        Kita hendaklah rajin belajar untuk mencapai kejayaan.
·        Kita hendaklah rajin belajar untuk mendapat keputusan yang baik.
b)    menolong ibu/bapa/guru membuat sesuatu kerja seperti menyapu, mencuci kereta, membawa buku-buku
·        Kita hendaklah rajin membantu ibu/bapa/guru untuk meringankan beban mereka.
c)     bekerja keras
·     Kita hendaklah rajin bekerja agar hidup akan senang kelak.

7.     Kebersihan
A)  Mengutip sampah, membuang sampah ke dalam tong sampah, mengelap tingkap, mengemas meja
·     Kita hendaklah menjaga kebersihan supaya kesihatan kita terjamin.
·     Kita hendaklah menjaga kebersihan untuk mengelakkan penyakit.



8.     Kesihatan
a)     bersukan, berjoging, bermain bola keranjang, bersarapan, makan makanan yang berkhasiat,
·     Kita perlulah menjaga kesihatan supaya tidak dijangkiti penyakit.

9.     Berhati-hati
a)    jalan raya – melintas jalan, memandu kereta dengan berhati-hati
b)    tepi sungai,kolam – terjatuh ke dalam sungai
c)    menggunakan benda-benda yang tajam seperti pisau, gunting,
·     kita hendaklah berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
·     Kita hendaklah menjaga keselamatan diri untuk mengelakkan kemalangan.
·     Kita hendaklah mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.

10.   Baik hati
a)   menyelamatkan kawan daripada terjatuh, menolong orang yang menghadapi masalah,membantu orang tua melintas jalan
l  Kita perlulah bersikap baik hati dengan membantu orang yang susah.
l  Kita perlulah bersimpati/belas kasihan terhadap orang yang menghadapi kesusahan.
b)        membantu rakan dalam pelajaran
l Kita perlulah bersikap baik hati dengan membantu rakan yang bermasalah dalam pelajaran.

11.    Berterima kasih
a)     mengucapkan terima kasih atas pertolongan/bantuan orang lain
l Kita hendaklah berterima kasih kepada orang yang telah menolong kita.
l Kita hendaklah menghargai/mengenang jasa kepada orang yang telah menolong kita.

12.   Bersopan santun
a)        mengucapkan selamat pagi, bersalaman, terima kasih, bertegur-sapa dengan orang lain
·     Kita perlulah bersopan santun supaya disukai orang ramai.

13.   Bertanggungjawab
a)        menyiapkan kerja sekolah
·     Kita hendaklah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
b)        membantu ibu menjaga adik
·     Sebagai anak, kita patutlah bertanggungjawab menolong ibu menjaga adik di rumah.
c)    ibu bapa bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga/anak-anak yang masih bersekolah
·     Sebagai ibu bapa, mereka patutlah bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik.
d)    Cikgu mengadakan kelas tuisyen percuma kepada murid-muridnya
·     Sebagai guru, kita patutlah bertanggungjawab mengajar dan membimbing murid-murid dengan baik.

14.       Menghormati
a)        berdiri tegak dan menyanyikan lagu “Negaraku”
·     Kita perlulah menghormati negara kita dengan berdiri tegak semasa menyanyikan lagu ‘Negaraku’.
·      
b)        minta kebenaran daripada ibu bapa
·        Kita perlulah menghormati ibu bapa dengan meminta keizinan daripada mereka sebelum melakukan sesuatu.
c)        mengingati nasihat dan pesanan ibu bapa/guru
·     Kita perlulah menghormati ibu bapa/guru dengan mematuhi nasihat dan pesanan mereka.

15.       Murah hati
a)        membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan
·     Kita hendaklah bersikap murah hati dengan memberi sesuatu kepada kawan kita.
b)        menderma wang kepada mangsa banjir
·        Kita hendaklah bersikap murah hati dengan memberi bantuan kepada orang yang memerlukan.

16.       Berjimat-cermat (Wang/duit, air, elektrik)
a)        membawa bekalan ke sekolah, menyimpan wang ke dalam tabung/bank
·     Kita hendaklah berjimat-cermat untuk mengelakkan pembaziran.

17.       Jujur
a)        memulangkan duit kepada tuannya
·        Kita perlulah bersikap jujur supaya dipercayai orang lain.

18.       Peramah
a)     sikap penduduk kampung yang mudah bergaul, melayan pelanggan dengan senyuman/mesra
·        Kita perlulah bersikap peramah untuk mengeratkan hubungan mesra dengan orang lain.
·        Kita perlulah bersikap peramah tanpa mengira kaum dan bangsa.

19.       Kasih sayang
a)     semoga saudara sentiasa bahagia dan gembira
  • Kita perlu mengamalkan sikap kasih sayang agar kehidupan lebih bahagia.
b)     sayang pada ibu bapa/guru
  • Kita perlu menyayangi ibu bapa/guru kerana mereka banyak berjasa kepada kita.
c)     sayang akan binatang/haiwan
  • Kita perlu mengamalkan sikap kasih sayang dengan menjaga haiwan dengan baik.

20.      Insaf
a)     berjanji tidak akan berbuat begitu lagi, sungguh menyesal atas perbuatannya
  • Kita perlu mengamalkan sikap insaf akan kesalahan diri dan berjanji tidak mengulangi kesalahan.

21.       Prihatin
a)     Kamu mesti menjaga diri, bertanya tentang masalah kawan/keluarga
  • Kita perlulah bersikap prihatin terhadap hal-hal/orang-orang di sekitar kita.
  • Kita perlulah bersikap prihatin terhadap masalah orang lain/ keluarga.

22.      Ikhlas
a)        tidak mengambil upah yang diberi
·         Kita hendaklah bersikap ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

23.      Berani
a)     tidak gementar walaupun peserta yang bertanding hebat-hebat belaka, berani bertanya
·      Kita hendaklah bersikap berani mencuba tanpa berasa takut.

24.      Yakin diri
a)     Ali bercerita dengan bersemangat di atas pentas
·      Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri.