Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 14 Ogos 2012

Lirik Lagu Hitam Putih Kehidupan

Sheila Majid

Hitam Putih Masa Depan 

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan


Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan

Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan


Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Sabtu, 11 Ogos 2012

Tajuk Kerja Kursus BMM 3105 (sem 3)


No.Kod: BMM3105


TAJUK KURSUS :  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
BERBANTUKAN KOMPUTER 


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS :  


Pada akhir pembelajaran ini pelajar dapat; 

1.    Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian, model perpautan dalam penyusunan bahan dan perpautan antara bahan. 

2.    Memilih bahan-bahan daripada  internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. 

3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.

4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.

5.    Menggunakan bahan Bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video. 



OBJEKTIF PEMBELAJARAN :  


Pada akhir tugasan ini pelajar dapat :

1.    Mengumpul bahan berkaitan Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

2.    Menulis esei berkaitan Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan bahan yang dikumpulkan.

3.    Membangunkan satu perisian  bagi  subjek  Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia  sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bagi satu  masa  kelas pembelajaran

4.    Menulis refleksi tugasan.

Tugasan Projek


Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.

Oleh itu, guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.
Bagi melaksanakan projek ini, anda dikehendaki :


1.   Mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bentuk folio yang mengandungi :


·         keratan akhbar, salinan artikel jurnal, salinan keratan buku dan keratan bahan dari laman sesawang.

2.    Menulis esei bertemakan Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Panjang esei tersebut sekurang-kurangnya 15 muka surat. Anda mesti menggunakan bahan-bahan yang diperoleh dalam tugasan 1 sebagai bahan rujukan utama.

3.    Membangunkan satu perisian  bagi  subjek  Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia  sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bagi satu  masa  kelas pembelajaran.  Anda  boleh  menggunakan  perisian  alat pengarangan (authoring   tool),  seperti Macromedia Authorware, Powerpoint atau  lain-lain perisian  yang  sesuai  dalam membangunkan  perisian  tersebut.

4.    Menulis refleksi berdasarkan tugasan projek ini. Refleksi mestilah ditulis secara individu. Panjang refleksi sekurang-kurangnya 5 muka surat.
Panduan Tugasan:

1.    Tugasan hendaklah disiapkan secara berkumpulan.

2.    Semua bahan tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘hardcopy’ dan ‘softcopy’ kepada pensyarah.

3.    Penilaian tugasan juga akan dibuat secara berterusan dengan merujuk kepada laman sesawang anda. Kemas kini laman sesawang anda dari semasa ke semasa.