Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 27 Julai 2012

RESIPI- NASI GORENG CINA


Resipi:Nasi goreng Cina

Resipi | Nasi | Nasi goreng Cina
Nasi goreng Cina
Nasi Goreng Cina ialah satu hidangan makanan Cina di Malaysia. Nasi goreng Cina ini memang popular dalam kalangan orang Melayu dan orang Cina.

[sunting]Cara membuat

[sunting]Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Serbuk ayam
  • Ayam (tambahan sahaja)
  • Sayur campur
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
  • Telur

[sunting]Cara-cara

  1. Masukkan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan panaskannya, lalu masukkan bawang putih dan bawang besar.
  2. Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
  3. Selepas itu masukkan nasi dan sayur campur dan kacau supaya telur yang dihancurkan sebati dengan nasi dan juga sayur campur. Anda juga boleh menambah daging ayam yang dipotong kecil.
  4. Selepas itu masukkan lada sulah, lada hitam, dan serbuk ayam, lalu gaulkan sampai naik bau.
  5. Akhir sekali titikkan sedikit minyak bijan dan siap dihidang.

Isnin, 9 Julai 2012

Hari Guru 2012

BMSR-PENULISAN (BAHAGIAN C)

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SJKC
 PENULISAN - BAHAGIAN C
 PANDUAN MENJAWAB 


1. Baca petikan dengan teliti 
2. Kesan nilai/pengajaran/amalan baik/faedah yang terdapat dalam petikan berpandukan kata kunci yang  
    terdapat dalam petikan 
3. Senaraikan nilai/pengajaran/amalan baik/faedah tersebut. 
4. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.


 NILAI-NILAI MURNI UTAMA MENGIKUT SUKATAN PELAJARAN KBSR 
1. baik hati 
2. berhemah tinggi 
3. kasih sayang 
4. hormat-menghormati
5. berdikari 
6. rajin 
7. bekerjasama 
8. bersyukur
9. rasional 
10. kesederhanaan 
11. jujur
12. menjaga kebersihan 
13. adil 
14. kebebasan
15. keberanian 
16. semangat patriotisme
17. semangat kemasyarakatan 


 NILAI/PENGAJARAN TAMBAHAN 
1. menjaga kesihatan 
2. menjaga keselamatan 
3. menghulurkan derma 
4. menyiasat
5. membalas jasa 
6. membalas budi 
7. menghargai jasa 
8. menghargai masa
9. bertanggungjawab 
10. menunaikan janji 
11. berhati-hati/berwaspada 
12. berjimat-cermat
13. tolong-menolong/bantu-membantu 
14. menambah ilmu pengetahuan 
15. taat/setia 
16. bersimpati 
17. mematuhi peraturan/undang-undang 
18. mendengar nasihat 
19.berdisiplin 
20. prihatin 
21. mengambil berat 
22. bertolak ansur 
23. berbudi bahasa
24. bersopan santun