Jumlah Paparan Halaman
Ahad, 23 September 2012
Selasa, 18 September 2012
Isnin, 17 September 2012
Ahad, 16 September 2012
Khamis, 6 September 2012
Nilai- nilai murni sekolah rendah
Nilai-nilai
murni
1.
Berdisiplin
a) bangun pada pukul 6 pagi
l
Kita hendaklah berdisiplin
dengan bangun awal pagi.
b)
membuat jadual waktu belajar
l
Kita hendaklah berdisiplin
dengan membuat jadual waktu belajar sendiri di rumah.
C)
beratur/berbaris ke tapak perhimpunan
l
Kita hendaklah berdisiplin
dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
2. Berdikari
a)
Mengemas bilik tidur sendiri
b)
mencuci kasut sekolah sehingga bersih
·
Kita perlulah berdikari ketika
melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
3. Bekerjasama
a)
bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah
·
Kita haruslah bekerjasama
membersihkan kawasan sekolah supaya kerja yang berat menjadi ringan.
b)
ada yang mendirikan khemah, mencari kayu api, mengambil air dan memasak
(membuat kerja secara berkumpulan)
·
Kita haruslah bekerjasama
apabila melakukan sesuatu tugas bagai aur dengan tebing.
4. Menghargai masa
a)
membaca buku sekiranya sampai awal di sekolah, membaca buku pada masa
lapang, menonton televisyen untuk mengetahui berita terkini, mengikuti kelas
lukisan
·
Kita perlulah menghargai masa
dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
5. Menepati masa
a) sampai/tiba/datang
awal ke sekolah
·
Kita mestilah menepati masa untuk
mengelakkan kelewatan.
b)
seperti yang dijadualkan, kami sampai di tapak perkhemahan pada pukul 9
pagi
·
Kita mestilah menepati masa
dengan sampai di sesuatu tempat pada masa yang ditetapkan.
6. Rajin
a)
belajar, mengulang kaji pelajaran, membaca buku
·
Kita hendaklah rajin belajar
untuk mencapai kejayaan.
·
Kita hendaklah rajin belajar
untuk mendapat keputusan yang baik.
b)
menolong ibu/bapa/guru membuat sesuatu kerja seperti menyapu, mencuci
kereta, membawa buku-buku
·
Kita hendaklah rajin membantu
ibu/bapa/guru untuk meringankan beban mereka.
c) bekerja keras
·
Kita hendaklah rajin bekerja
agar hidup akan senang kelak.
7. Kebersihan
A) Mengutip sampah, membuang
sampah ke dalam tong sampah, mengelap tingkap, mengemas meja
·
Kita hendaklah menjaga
kebersihan supaya kesihatan kita terjamin.
·
Kita hendaklah menjaga
kebersihan untuk mengelakkan penyakit.
8. Kesihatan
a) bersukan,
berjoging, bermain bola keranjang, bersarapan, makan makanan yang berkhasiat,
·
Kita perlulah menjaga
kesihatan supaya tidak dijangkiti penyakit.
9. Berhati-hati
a)
jalan raya – melintas jalan, memandu kereta dengan berhati-hati
b)
tepi sungai,kolam – terjatuh ke dalam sungai
c)
menggunakan benda-benda yang tajam seperti pisau, gunting,
·
kita hendaklah berhati-hati
untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
·
Kita hendaklah menjaga
keselamatan diri untuk mengelakkan kemalangan.
·
Kita hendaklah mematuhi
peraturan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.
10. Baik hati
a) menyelamatkan kawan
daripada terjatuh, menolong orang yang menghadapi masalah,membantu orang tua
melintas jalan
l
Kita perlulah bersikap baik
hati dengan membantu orang yang susah.
l
Kita perlulah
bersimpati/belas kasihan terhadap orang yang menghadapi kesusahan.
b) membantu
rakan dalam pelajaran
l
Kita perlulah bersikap baik
hati dengan membantu rakan yang bermasalah dalam pelajaran.
11. Berterima kasih
a) mengucapkan
terima kasih atas pertolongan/bantuan orang lain
l
Kita hendaklah berterima
kasih kepada orang yang telah menolong kita.
l
Kita hendaklah menghargai/mengenang
jasa kepada orang yang telah menolong kita.
12. Bersopan santun
a) mengucapkan
selamat pagi, bersalaman, terima kasih, bertegur-sapa dengan orang lain
·
Kita perlulah bersopan santun
supaya disukai orang ramai.
13. Bertanggungjawab
a) menyiapkan
kerja sekolah
·
Kita hendaklah
bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
b) membantu
ibu menjaga adik
·
Sebagai anak, kita patutlah
bertanggungjawab menolong ibu menjaga adik di rumah.
c)
ibu bapa bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga/anak-anak yang
masih bersekolah
·
Sebagai ibu bapa, mereka
patutlah bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik.
d)
Cikgu mengadakan kelas tuisyen percuma kepada murid-muridnya
·
Sebagai guru, kita patutlah
bertanggungjawab mengajar dan membimbing murid-murid dengan baik.
14. Menghormati
a) berdiri
tegak dan menyanyikan lagu “Negaraku”
·
Kita perlulah menghormati negara
kita dengan berdiri tegak semasa menyanyikan lagu ‘Negaraku’.
·
b) minta
kebenaran daripada ibu bapa
·
Kita perlulah menghormati ibu
bapa dengan meminta keizinan daripada mereka sebelum melakukan sesuatu.
c) mengingati
nasihat dan pesanan ibu bapa/guru
·
Kita perlulah menghormati ibu
bapa/guru dengan mematuhi nasihat dan pesanan mereka.
15. Murah hati
a) membeli
cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan
·
Kita hendaklah bersikap murah
hati dengan memberi sesuatu kepada kawan kita.
b) menderma
wang kepada mangsa banjir
·
Kita hendaklah bersikap murah
hati dengan memberi bantuan kepada orang yang memerlukan.
16. Berjimat-cermat (Wang/duit, air,
elektrik)
a) membawa
bekalan ke sekolah, menyimpan wang ke dalam tabung/bank
·
Kita hendaklah
berjimat-cermat untuk mengelakkan pembaziran.
17. Jujur
a) memulangkan
duit kepada tuannya
·
Kita perlulah bersikap jujur
supaya dipercayai orang lain.
18. Peramah
a) sikap
penduduk kampung yang mudah bergaul, melayan pelanggan dengan senyuman/mesra
·
Kita perlulah bersikap
peramah untuk mengeratkan hubungan mesra dengan orang lain.
·
Kita perlulah bersikap
peramah tanpa mengira kaum dan bangsa.
19. Kasih sayang
a) semoga
saudara sentiasa bahagia dan gembira
- Kita perlu mengamalkan sikap kasih sayang agar
kehidupan lebih bahagia.
b) sayang pada
ibu bapa/guru
- Kita perlu menyayangi ibu bapa/guru kerana mereka
banyak berjasa kepada kita.
c) sayang akan
binatang/haiwan
- Kita perlu mengamalkan sikap kasih sayang dengan
menjaga haiwan dengan baik.
20. Insaf
a) berjanji
tidak akan berbuat begitu lagi, sungguh menyesal atas perbuatannya
- Kita perlu mengamalkan sikap insaf akan kesalahan
diri dan berjanji tidak mengulangi kesalahan.
21. Prihatin
a) Kamu mesti
menjaga diri, bertanya tentang masalah kawan/keluarga
- Kita perlulah bersikap prihatin terhadap
hal-hal/orang-orang di sekitar kita.
- Kita perlulah bersikap prihatin terhadap masalah
orang lain/ keluarga.
22. Ikhlas
a) tidak
mengambil upah yang diberi
·
Kita hendaklah bersikap
ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
23. Berani
a) tidak
gementar walaupun peserta yang bertanding hebat-hebat belaka, berani bertanya
·
Kita hendaklah bersikap
berani mencuba tanpa berasa takut.
24. Yakin diri
a) Ali bercerita
dengan bersemangat di atas pentas
·
Kita hendaklah yakin akan
kebolehan diri.
Langgan:
Catatan (Atom)